Khamis, 28 September 2017

Cerita karut #3

Korang2!! Assalamualaikum...

Uisshh.. berani giler aq hadap blog sementelah seminggu lagi nk Pity3. Omaiigad!! Gilak yal. Papepon aq harap sape-sape yg bce blog aq neyh x kiralah kau manusia atau bukan please.. doakanlah aq atleast dapat 5A pon jadilah.

Yeah I know, korang mesti pelik apa kaitan ayat aq kt atas tu dngn apa yg aq nk tulis right? Sebenarnya aq ada try tulis novel. Tulis novel or something crite ni memang hobi aq. Tapi takde lah hebat sangat. But, korang taulah memandangkan nk Pity3 aq pon pause larh kejap crite tuh.. and macam yg aq agak kawan2 aq dh paksa aq sambung crite tu.. so, aq decide nk sambung dululah kt blog. Jadi, jangan pelik sape2 yg first time baca crite aq ni ye.. kenapa tajuknya crite karut? Sebab aq fail dalam membina tajuk neyh.

******************************************

Sedutan Bab 11....

Misha dah panik. 'Mana jantan tak guna ni nak bawak aku!!!' gumamnya. Dia berusaha untuk menggerakkan badannya namun hampa. Serius beb! Badannya memang dikawal hundred persen oleh si jantan yg muka ada iras-iras  Isyraf Danish tu. Yes, muka putih cam Zaid. Bak kata Ummul cam kunyit jer. Hok hok. Siak kau Misha tengah panik pon boleh tergelak.

Dia berjalan mengikut lelaki misteri itu. Bukan dia yg nak ikut okey. Badannya bergerak sendiri faham. Bergerak sendiri. Dia menelan air liur berkali-kali apabila kakinya melangkah memasuki satu lagi lorong yg menyeramkan.

Kelihatan dua lelaki sedang menunggu di lorong itu. Wait a minutes... Cam aku kenal je dua ekor setan tuh.

"Miss us, Misha?" Tanya salah seorang lelaki yg memakai baju petak2. Fans Budiman kot.

Misha mengetap bibir. Sah, tu diorang.
'Daus, Shuhairi!'

Bab 12

Misha memandang Daus dan Shuhairi silih berganti. Kalau korang ada baca buku pasal crite ni korang mesti tau sape dua jembalang ni. Yeah, jembalang. Dari tadi memang menyumpah ranah je si Misha ni. 'eiiyai, kalau aq tak kesian kat pakcik tu. Dah lama aq sampai rumah'.
Mulalah dia menyesal sebab tak terima je pelawaan mamanya tadi.

"Err bos, kita nak buat apa dengan perempuan ni?" Tanya si Daus sambil matanya masih menatap Misha.

"Simpan dia. Ingat senang nak jumpa Castor lepas that creature pupus?" Lelaki tu mengusap lembut kepala Misha yang berbalut tudung shawl tu.

'Bahbik. Suka hati dia je nak sentuh kepala aku. Ingat aku ni patung dia ke?!' jerit Misha namun hanya terlepas di dalam hati. Time2 cenggini dia hanya dapat berdoa sahaja. Kenapa mesti dia yang kena lalui benda macam ni? Apa salah dia?

"Nak cakap something ke cutie. Sorry, aku tak boleh bagi kau cakap. Well, perempuan tetap perempuan. Ingat aku tak tahulah yg kau mesti jerit cam langsuir nanti. Aku yg dah memang puntianak pon tak jerit macam kau"

Sekarang tangan mamat tu dah usap lembut pipi Misha. 'bangang tol. Ingat aku stim larh kau buat macam tu!!!!!!!'. Misha dah buat muka bengis giler namatei. Oh, pleaselah. Kenapa dalam2 ramai gadis dekat Malaysia ni mesti aq yg kena. Sebab kurang ajar dengan Daus ngan Shuhairi tu Ker?

"Daus, Shu. Jaga budak ni. Aq ambik kereta" arah mamat tak guna tu.

Oh shit! Dia nak bawa aku pergi mana??!

"Baik bos" jawab Daus dan Shuhairi serentak.

Sedang si Misha menyumpah ranah jantan-jantan tersebut dan menangisi takdir hidupnya, dia terdengar bunyi loceng. And tiba-tiba lelaki misteri tu tak dapat berjalan lagi. Bukan tak dapat jalan. Seolah, olah lelaki tu terperangkap dalam satu kotak lutsinar. Ada penghalang.

And badan Misha pun boleh gerak balik. Tanpa menunggu lama si Misha pun berlari macam lipas kudung. Walaweyh, ada peluang mestilah kena digunakan sebaik mungkin. Masa dia keluar dari lorong tu dia dapat dengar dengan jelas mamat misteri tu suruh Shu dengan Daus kejar dia. Makin laju lah dia lari. Nasib baik dia memang atlet balapan kat sekolah.

Setelah dia penat giler giler nak mampus, dia pun mula slowkan lariannya. Adalah 1 km dia berlari. Dah masuk pun kawasan perumahan rumah dia. Dan sekarang dia rasa macam dialah bakal juara merentas desa sekolah tahun depan. Tapi, tengah-tengah dia melangkah longlai, terdengar suara Daus dengan Shuhairi tengah menyumpah ranah dirinya.

"Shit!" Tanpa berlengah Misha terus mencari tempat untuk bersembunyi. Dia memasuki rumah banglo dua tingkat yg sering digosip bersama Ummul. Nasib baik rumah tu 2 meter je dihadapannya.

Dia membuka perlahan pintu rumah itu.
Krekkk.. bunyi pintu tu. Tak cukup menyeramkan bagi Misha. Matanya meliar memandang segenap ruang rumah tu. Besar giler walaupun ruangnya bersepah gila.

"Tadi aq nampak budak tu kat sini. Mana pulak budak tu pergi"

Omaiigad!! Tu suara Shuhairi. Misha yakin hundred percent diorang ada kat luar rumah tu. Terus dia berlari dan. Masuk ke dalam salah sebuah bilik di ruang tamu rumah tu. Jantung dia berdebar-debar. Macam baru lari 100 m. Bengap. Memang kau baru berlari pun kan. And tiba-tiba

-BERSAMBUNG-

Okey tak crite aq. Yeah, I know.. cara penulisan aq membosankan. And yeah, aq masih baru lagi. So, apa-apa yg tak kena boleh lah komen. Dear readers jangan nak marah-marah aq pulak kalau tak puas hati ngan ending entry ni. Malas plak nk sambung. Oh ya, sape-sape ada idea tentang tajuk ni boleh lah bagi tau aq. Aq akan pertimbangkan. Adios!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas