Jumaat, 24 November 2017

UPSR and PSRA

Assalamualaikum silent readers sekalian! korang baca tak perkataan yang aku dah bold kan tu. Nak aku ulang? SILENT. weyh.. korang yang baca blog aku kalau tak larat follow komen pun jadilah.. kasihanilah aku.. *kesat air mata. haha. yela yela. salah aku juga. malas sangat nak blogwalking, malas sangat nak apdet entry baru, malas sangat promote blog sendiri kat umum. ha! apa lagi! grrrr.. ya, aku sedar aku malas.

dah dah. nampak tak aku dah lari tajuk ni. korang tahu kan semalam UPSR keluar. and khamis minggu lepas PSRA keluar. So, aku tetiba rasa nak cerita pulak penglaman UPSR and PSRA aku.

UPSR

                                       Hasil carian imej untuk bh kertas upsr 2014 bocor

benda ni aku tak boleh nak lupa wei. budak batch02 gerenti ingat benda ni. For the first time in forever UPSR kena repeat and For the first time in forever 6 paper pun periksa sebulan. entah papentah. UPSR pon nak dibocorkan. kau ingat best? ingat kan seminggu je periksa. rupa-rupanya sebulan. aku ingat tarikhnya. 9Sep sampai 9Okt.

 okeylah tu pengalaman terindah. aku tak tahulah korang dapat paper mana yg bocor. aku dapat english kertas2. Sir cakaptu soalan sport. sekali keluar sejibik! dan masa tu kawan aku jadi pandai giler. tak pepenah minta kertas lebih untuk karangan time ni memasing minta kertas. sah diorang hafal soalan acah sport yang sir bagi. last-last kertas kena repeat. tak silap aku ada sekolah yang dapat english kertas satu dan dua sekali. gempaklah english dua dua paper bocor. HAK HAK HAk

firts paper yg diumumkan bocor paper Sains. sehari sebelum paper sains tu aku dapat soalan sains. giler senang. aku dah sedia nak hafal sepanjang malam ni. last2 malam tu keluar kat berita solan sains diisytiharkan bocor dan kena repeat. Cinabeng! dahlah soalan yg sains yg repeat tu susah giler namateiy. grrrr...

kertas last yg bocor dan kena repeat is math paper 1. ni aku bersyukur giler bocor. kertas asal dia susah giler doh. 5 soalan last, straight soalan purata. soalan yg kena repeat tu senang. Alhamdulillah....

kesimpulannya yang tak bocor dan tak kena repeat BM jer.. fuh.. result aku? nak nangis weyh!!! aku dapat 4A 1B. B tu Sains. teacher aku kecewa. sampai sanggup bayar untuk cek balik paper sains aku. aku dulu murid harapan sains. memang teacher harap giler sains aku A. sekali keluar. grrr.. boleh plak english aku A erk?

PSRA

uishh.. PSRA huh? malaslah nak crite takut riak. hahaha

takdelah. actually batch aku ni boleh dikatakan  batch yang agak bengap. kenapa aku cakap bengap? percayalah. dari aku darjah lima payah giler kitorang nak dapat mumtaz walaupun seorang. perghh.. time ustazah marah kat kitorang sebab tak dapat mumtaz. maklumlah tahun lepas sekolah aku tu dapat 100% lulus and tempat kedua kat daerah. 5 orang tak silap aku yang mumtaz. tu yang ustazah strunggle sebab takut batch aku tuh merundum. bila keluar result trial memang ustazah dah ngamuk habis sebab takde sapa mumtaz.

chill ustazah. kitorang memang lambat panas. hew hew. percaya atau tak PSRA batch aku 7 orang mumtaz and 100% lulus. tak cukup lagi? sekolah kitorang time tu tempat pertama daerah and kedua negeri Selangor. Kan dah cakap kitorang lambat panas. aku? ofkoslah mumtaz..

 and actually masuk tahun ni dah 5 tahun kitorang gondol tempat pertama daerah. power tak power. paling ramai budak mumtaz time 2016. 17 orang mumtaz. batch adik aku tuh. and ciss time tu adik aku jadi tokoh pelajar. mesti korang fikir 17 orang jer. well, sekolah aku tu muridnya sikit. tapi alhamdulillah tiap tahun makin bertambah pelajar. kalau dulu kami terpaksa menumpang sekolah lain untuk periksa sebab pelajar sikit sangat tapi sekarang kami periksa di sekolah kami sendiri peach!


Tahniah Tahniah!!! untuk siapa? untuk sesiapa jelah. lel. tahun ni tahun kedua UPSR diubah cara soalannya. mak aku penanda kertas sains so aku boleh tahu la soalan sains UPSR. nak tahu apa reaction aku. Ni soalan UPSR ke PT3?! lantak kaurang lah. sib baik aku lahir 2002.

Ahad, 19 November 2017

Mimpi Seram

Yo readers! Aku sedar dah hampir sebulan aku tak update. Bukan sesaja. Haha acah. Actually memang aku takde mood nak menaip. Lagi-lagi nafsu membaca aku lebih menguasai diri. Entahlah. Aku tengah sebuk mengkhatamkan beberapa buah blog. Blog apa? Tak payah lah korang tahu.

Okay berbalik pada tajuk. Kalau korang baca entry aku yang lepas lepas mesti korang tahu yang aku ni budak PT3 tahun 2017. Yes, I'm 15. Baru 15 tahun. Masih lagi muda dan comel. Huihui.

Alkisahnya begini, malam semalam aku dapat mimpi yang agak creepy bagi aku. Aku pun tak paham apasal aku dapat mimpi tu. Mimpi apa? Jeng jeng jeng

Hahahaha. Aku mimpi yang aku dapat result Pity3. Nak tahu result nya. 1A 4B 1C. Sungguh memilukan. A tu Mate and C tu Sains. Tapi aku pelik sikit? Aku ambik 10 subjek. Tapi yang kat mimpi aku tu just 6 subjek jer.. hurmm.. adakah yang lagi 4 tu gagal?? Hell no!!

Aku ingat lagi dalam mimpi tu aku tak puas hati giler dapat 1A jer. Rasa tak percaya gila. Balik2 mak ayah aku marah and terjadilah perdebatan antara aku dengan mak aku. Then? Then aku pun lupa apa jadi. Maybe aku terbangun kot.

Pastu mulalah aku berfikir dengan result Pity3 aku nanti. Macam something bad pula. Rasa macam entah-entah betul aku dapat 1A jer. Berdebar-debar lah pulak nak hadap result nanti. Hurmm...

Yo budak pity3 tahun ni. Korang dah ready ker nak tengok result korang? Atau korang pun macam aku mengalami mimpi/ramalan tentang result korang?

Khamis, 2 November 2017

Kenangan dulu-dulu

           


tadi dek terlalu bosan meniti liku-liku hidup aku bacalah blog realiti konspirasi . last update 2013. spoil mood aku doh! lepas dah kawin ni tak pepenah dia hapdet blog. But aku faham.. Skrng dah kerja plus ade dua orang anak mesti sebuk kan. Okey cukuplah cerita pasal zack zukhairy. Sekarang straight to the point.

Aq ade bace pasal kenangan budak-budak dulu tau.. terkenang memori zaman silam *sebelum masok skolah menengah. so, aq rse nk refresh balik arh bende-bende best dalam hidup aq yg bergelar kanak-kanak.


#1 Lawan pemadam

Imej yang berkaitan
tenkiu pemilik gambar

Dulu, ni lah antara game pling famous kat sekolah aku. main dia yang pernah aku tengok dua orang jer. mainnya cenggini kita kena gerakkan pemadam tu pakai satu jari. jari kau tu kau tekan hujung sisi pemadam nanti pemadan bergolek lah. cara nak menang pemadam kau mestilah menindih pemadam pihak lawan. ala.. macam yang dekat gambar tuh. selalunya kalau kita menang sebagai prize kita akan dapat pemadam orang yang kalah dengan kita tu. oleh hal yang demikian time tu kalau kau berniaga pemadam memang laku habis. aku pernah jual sekeping pemadam harga seringgit. untung beb! beli dua posen jual seringgit. lapan posen untung. lepas aku nak beli nasi ayam acik kantin yang giler sedap tuh!


#2 Daun terup

                                 Hasil carian imej untuk main tepuk terup

Game ni selalunya dimainkan budak lelaki. Aku tak tahulah harga untuk sekeping kad terup kecik tu sebab kalau aku nak aku akan ambik kat bilik guru. well, my parent are teacher. aku sekolah kat sekolah ayah aku. selalu bila sampai musim main bende alah tu akan ada cikgu yang merampas dan disimpan di bilik guru. so, aku sebagai anak salah seorang guru dengan selamba dan tanpa rasa bersalahnya merembat benda tuh. kikiki. game dia cenggini................. korang tanyalah orang lain. aku tak tahu nak terang macam mana


#3 Gasing

                Imej yang berkaitan


Huishh.. musim ni paling syok. masing-masing gasing mesti ada kat tangan. tapi game ni still kebiasaannya budak lelaki yang main. aku selalunya dapat gasing free sebab mak aku selalu bawa balik gasing hasil rampasan dekat sekolah dia. and bermulah pertandingan gasing antara sepupu sepapat dekat rumah aku or nenek aku. well, rumah aku ngan nenek aku dekat jer. and bermulalah mak aku mula membebel main kat tempat lain nanti lantai beranda calar...


#4 Lumba kereta kertas

                        Hasil carian imej untuk lawan lumba kereta kertas

Time ni percayalah koperasi sekolah akan untung lebih sebab penambahan bilangan buku yang dibeli oleh pelajar. Sebab apa? sebab nak koyak kertas kat buku tulis and buat bende alah macam kat gambar atas tuh. atas tu aku panggil and aku yakin korang pun panggil kereta bukan? time ni kerja diorang lumba kereta je kat atas meja. cara nak mainnya korang kena letak kereta tu kat garisan permulaan and tiup. siapa paling jauh dia menang. selalunya klau girls nak main jugak diorang akan suruh aku buat sebab aku je yang reti buat kereta tuh. sampai harini aku tak lupa cara nak lipat kertas untuk buat bende lah tuh.


Tu je lah dulu game kuno yg pernah famous kat skolah rendah aq dulu.. masuk skolah menengah ni serius hilang terus semua game tu.. rindu doh

Function aku datang sekolah???

Aku rindu belajar lah wei!!  Kenapa PT3 terlalu cepat berlalu. serius arh! Cer korang jawab soalan aku. mana lagi kau sanggup? belajar atau duduk kebosan dalam kelas pandng kiri pandang kanan bertafakur...? Nak sembang ngan kawan-kawan aku diorang semua sebuk baca novel. kenapa aku tak join diorang baca novel? ouch simple question. AKU TAK ADA NOVEL. ada jer actually.. novel mak aku. tapi masalahnya novel mak aku tu semuanya novel cintan-cintun kahwin paksa. ala.. novel yang hero dia orang kaya heroin dia orang sederhana pastu diorang kena kahwin paksa, hero tak suka ngan heroin, ada perempuan gedik nak hancurkan rumah tangga diorang, last2 diorang bahagia.....

mehh... aku tak minat lah novel cenggitu.. Eiiyaii kenapa tak bagi jer kami-kami ni cuti skolah smpai akhir tahun. tak kesian ke kat mereka yang forever alone *tak termasuk aku* menyendiri kebosan kat dalam kelas neyh... kalau cikgu hari-hari bagi aktiviti takpe jugak. ni harini ada aktiviti esok menderita kebosanan. ku tak mampu nak hada benda neyh!

mesti korang nak tanya kenapa aku tak ponteng jer. alangkah indahnya kalau mak ngan ayah aku seorang yang membenarkan anaknya yang satu ini ponteng. huhuk. untung kawan aku yakni owner lantai puisi ni doh. suka hati di je nak ponteng. untunglah mak hang baik...

Cer korang suggest kat aku apa yang aku patut buat kat sekolah sampai cuti nanti. aku nak main kad terup ngan kawan aku tapi takde tempat tersembunyi. Huarrgghh!!!! aku bosan!!!!
serius wei aku rindu nak belajar balik. ajarlah apapun *kecuali bende yang berkaitan Kemahiran Hidup* aku sanggup belajar. Termasuklah kau nak ajar aku topik in addmath sekalipun aku sanggup wei.


something : Aku tak lepas kem KPP larh wei.. sedeyh