Ahad, 19 November 2017

Mimpi Seram

Yo readers! Aku sedar dah hampir sebulan aku tak update. Bukan sesaja. Haha acah. Actually memang aku takde mood nak menaip. Lagi-lagi nafsu membaca aku lebih menguasai diri. Entahlah. Aku tengah sebuk mengkhatamkan beberapa buah blog. Blog apa? Tak payah lah korang tahu.

Okay berbalik pada tajuk. Kalau korang baca entry aku yang lepas lepas mesti korang tahu yang aku ni budak PT3 tahun 2017. Yes, I'm 15. Baru 15 tahun. Masih lagi muda dan comel. Huihui.

Alkisahnya begini, malam semalam aku dapat mimpi yang agak creepy bagi aku. Aku pun tak paham apasal aku dapat mimpi tu. Mimpi apa? Jeng jeng jeng

Hahahaha. Aku mimpi yang aku dapat result Pity3. Nak tahu result nya. 1A 4B 1C. Sungguh memilukan. A tu Mate and C tu Sains. Tapi aku pelik sikit? Aku ambik 10 subjek. Tapi yang kat mimpi aku tu just 6 subjek jer.. hurmm.. adakah yang lagi 4 tu gagal?? Hell no!!

Aku ingat lagi dalam mimpi tu aku tak puas hati giler dapat 1A jer. Rasa tak percaya gila. Balik2 mak ayah aku marah and terjadilah perdebatan antara aku dengan mak aku. Then? Then aku pun lupa apa jadi. Maybe aku terbangun kot.

Pastu mulalah aku berfikir dengan result Pity3 aku nanti. Macam something bad pula. Rasa macam entah-entah betul aku dapat 1A jer. Berdebar-debar lah pulak nak hadap result nanti. Hurmm...

Yo budak pity3 tahun ni. Korang dah ready ker nak tengok result korang? Atau korang pun macam aku mengalami mimpi/ramalan tentang result korang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas