Ahad, 31 Disember 2017

Happy New Year 2018!!!!

Assalamualaikum my silent readers!!

Yeay!! Dah masuk tahun baru!! Tak yeay!! Usia aku makin bertambah... So, apa aku nak tulis sebenarnya ni? Aku pun tak tahu. Tiba-tiba hilang pulak idea nak menulis. Oh, jangan risau. Itu perkara biasa untuk aku. Hahaha.

So, ce cerita sikit apa yang berlaku pada tahun 2017 ni. Hurrmmm...

Well, tahun 2017 aku 15 tahun. So, of course aku bakal sebuk dengan PT3. Tapi entahlah. Jarang lah tengok aku serius dengan exam. Hahaha. Tahun 2017 ni aku mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Aku try tulis novel la pendek katanya. Tapi tak pernah siap. Kawan aku a.k.a. Lantai Puisi pulak mula berjinak-jinak dengan puisi. Tapi sekarang ni aku dah mula kuranglah menulis.. kerja aku membaca jer.. budak tu pulak aku tak surelah still aktif menulis puisi ke tak. Lantak dia lah

Dan tahun 2017 ni jugalah aku berjaya menubuhkan (menubuhkan siaa) blog aku ni iaitu pada 5 jun 2017. Dah 6 bulan rupanya blog aku ni. Huhuhu.

Pasal PT3 pulak Alhamdulillah result aku okey. Kisah penuh cabaran aku menjawab exam boleh baca kat sini. Result? Tak payah tahu. Hahahaha. Yang pasti bukan straight A yg aku idamkan​ sangat tu. Mohon sesiapa hulur bahu aku nak pinjam sat. Huhuhu..

Papepun hidup mesti diteruskan. Yeah!!! Mari mulakan tahun yang baru dengan azam yang baru!! Sebut pasal azam ni apa azam tahun 2018  korang? Meh aku masih terfikir apa azam aku tahun ni. Takpelah. Tu boleh fikir nanti. Hahaha. Maybe kekalkan kedudukan aku sebagai top 3 student in batch? Yeah!! Bersemangat!! Malaysia Boleh!! *Tetiber

Okey, tataa korang..

Selamat tinggal 2017,
Selamat datang 2018

#Waa!! Entry ni berjaya dipublish tepat jam 0000

Rabu, 20 Disember 2017

I'm back!!

Hai awak dan awak dan awak. Rindu saya tak? Ya, faham saya bukan sesiapa bagi awak. Terpaksalah saya berhuhu lagi...

Hahaha. Okey forget about that. Oh goshh!! Lama betul tak update kan. Bukan pe alkisahnya begini... Penyakit malas giler namatei aku dah datang serang!!! So, what can I do. Adalah sebulan aku tak update aan.. eleh, kalau aku update pun bukan ade sesiapa yang baca pun.. berhuhu lah lagi...

So, apa yang aku nak cerita hari ni? Urmmm.. harini hari pendaftaran sekolah aku. Oh, taklah. Aku tak pindah sekolah pun. Masih lagi menyambung pelajaran di sekolah lama. Cuma, yelah tahun depan kan aku form 4. So, harinilah aku tahu aliran apa yg bakal aku tempuh tahun depan. Macam yang aku duga of course aku dapat sains tulen. Hai hai addmath, bio, fizik and kimia!!

Ya, ya korang mesti nak tanya result pt3 aku kan? Grrrrrrrrr.. tak dapat straight A larhhh!! 8A 2B sajess.. B tu Sains dengan Kemahiran Hidup. Yesss, dua-dua musuh ketat gila2 aku. Ni lah padahnya mengumpat cikgu selalu. Tapi serius tak percaya wei!! 8A??! Berapa markah untuk A??!

Papepon lantaklah. Hidup mesti diteruskan. Kepada classmate aku tahun ni a.k.a. 3RK.. goodluck untuk tahun depan. Aku sedar ramai giler classmate aku masuk kelas perakaunan. Hahaha. Memasing buat muka tak rela. Redho je la nak.. mujur tak dapat sains tulen cam aku ni. Hahahaha.

Okey, tu jer nak cerita. Kepada mereka yg sespesies cam aku iaitu yg batch02. Goodluck untuk tahun hadapan! See ya

nota tangan : aduh, ramai pula bebudak yg aku tak suka jadi classmate aku tahun depan.. redha je lah..