Rabu, 30 Ogos 2017

Sukan Sea 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kontinjen Malaysia telah membuat kejutan pada sukan SEA tahun ini setelah meraih 145 pingat emas seterusnya menjadi juara keseluruhan sukan SEA 2017 meninggalkan Thailand yang hanya meraih 74 pingat emas sekaligus menjadi  naib juara keseluruhan. Hal ini menunjukkan bahawa..
*Buang skrip*

Agak baku bahasa yang aku gunakan bukan? X syok la menaip macam tu. Alright, aku cakap cam biasa je lah.

Tahniah kali empat ratus empat puluh empat to all atlet2 negara yang dapat pingat tak kesah lah emas ke Perak ke and also gangsa. Korang memang hero and heroin negara. Siriyes, aku agak tak percaya sebab pingat emas kita terlalu banyak lebih dari apa yg KJ harapkan. Apa-apapun congratulation korang!! Goodluck dua tahun lagi kat Filipina.

Oh yes, about final bola sepak u-22. Dah-dahlah salahkan goalkeeper. Bukan salah dia pun. Dah nak jadi. Hanya kerana satu kesalahan dia korang nk caci maki hamun dia. Tak cukup gf dia pon korang serang. Oohh.. time dia selamatkan gol Malaysia sepuluh kali tak nak pulak korang tengok korang pandang. Yang satu tu jugak lah korang pandang. Memang macam ni Ker Melayu??!!

Cukuplah tu. Kalau aku membebel habis satu entry aku karang. So, aq rasa lebih baik aku berhenti sekarang.

By the way, seriously tahniah pada yang dah menyumbang emas. Dahsyat giler!! KJ just target 111 pingat emas. Boleh pulak korang bantai sampai 145 pingat emas erkk. Bravo! Bravo! Nanti kat Philippines target 200 terus je lah.

Okay, see ya. Jumpa lagi dua tahun sukan SEA.

Rabu, 23 Ogos 2017

Bila kebosanan melanda

Konbangwa minna-san! X paham boleh Google. Siriyes.. aq malas nk translate kan.. huhu.. ermmm.. Assalamualaikum. Bosan aan aq punya intro.. aq xde mood larh wei!!!

Ari ni aq malas nk cakap bnyk sebab Skrang aq dh mula rasa ngantuk.. entahlah wei, aq baru baca buku sains tak sampai tiga minit tapi rasa cam nak terlelap untuk seratus empat puluh tiga tahun jer.. adakah ini yg dinamakan penyakit MALAS BELAJAR?! Hambik kau. Capslock, bold and italic lagi.

Belum jumpa pointnye lagi? Hahahaha cer teka aq nk cerita pasal apa sebenarnya.. aq bukan apa saja nk buat entry ni panjang sikit. Baru puas korang bace.. fact or aut *betul ke tu. Bak kata kamus dewan bahasa dan pustaka, aq nk try buat blogopotamus larh.. aq tau korang nk tanya bende blogopotamus tu aan.. bende tu ialah........... Perlu ke aq cerita? Kehkehkehkeh
Sebenarnya aq pelik macam mana perkataan cenggitu boleh wujud???!!!

Okey okey aq siriyes kali ni.. straight to the point okey. Aq tau korang dh malas nk bace. Cuma korang jngn nk maki hamun aq lepas baca point yg aq nk tulis ni. Klau mental korang cepat koyak, baik korang cepat-cepat tekan pangkah kat bucu sebelah kanan korang tu.. ha? Dh tekan? Oh my!!

Pergghh giler arhh!! Dah masuk paragraph yg kelima pon belum muncul point entry aq ni. Yela.. aq nk bagi tau lah neyh.
Sebenarnya aq nk bagi tau yang.....

Aq tak tau nk tulis apa.. hahahaha
Jngn lalu marah. Aq just bosan teramat jer. Takde lah sebenarnya tujuan aq nk tulis entry ni just nk kongsi kat korang tentang sorang kawan aq ni. Nk tau sape dye pndai2 larh korang pi spy sape budak tu. Kawan aq ni baru jer buat blog.. so, kira aq nk promote blog dye larh ni..
Nk link blog dye??

Sat naaa...

Meh tekan Alpaka Biru
Budak ni aq selalu cerita kat entry aq yg lepas lepas..
Cer check. See ya minna-san

Rabu, 16 Ogos 2017

Ujian UKM 2

Assalamualaikum!!
Fuhh! Lama tak aku tak update? Aku ingat nak senyap sampai sebulan terus... Tapi dah rindu arh nak taip blogg.. kawan aku pon dah nanges2 minta aku hapdet. Bukan sengaja key aku tak apdet. Aq tengah sebuk nagn exam kei. Trial PT3 la pulak tu. Dengan hadap ujian UKM2.

Ya, aku pon terkejut gila vavi lepas tau aku lepas. Serius tak sangka. So, aku rasa nak share arh pasal ujian yg aku ambik ni. Sebagai panduan pada budak2 yg dah lepas ujian UKM1 dan bakal mengambil ujian UKM2.
Bagi yang tak tau ape bende tu ujian UKM1 and 2, anda bolehlah Google di website lain kerana sesungguhnya aku giler malas nk cerita. Aku just boleh cakap yg ujian tu adalah ujian saringan untuk melayakkan diri anda masuk ke kolej permata pintar. Ape tu kolej permata pintar? Kolej tu adalah Pi Google Sendiri!!! Hahahaha

Hasil carian imej untuk permata pintar

Okay first nk crite ujian ni ada 15 bahagian.. giler wei. 3 jam terperap dalam makmal komputer. Oh Yes, ujian ni akan diadakan di makmal komputer terpilih setiap daerah dan akan dipantau. Test aku sebagai anak jati sabak Bernam kat SBPI sabak Bernam. Dapat gak la aku merasa masuk SBPI tu.

Hasil carian imej untuk sbpi sabak bernam

Okay, pasal 15 bahagian soalan tu aan. Aq agak lah satu bahagian ada dalam 15 soalan gitu. Fuhh, soalan dia. Ada bahagian yg dia suruh bagi maksud persamaan perkataan. Contoh.
Merah = Kuning.       : Warna primer
Pastu maksud perkataan.  Kucing : haiwan yang berkaki empat, berbulu dan makan ikan

Then ada soalan pengetahuan am. Ni aku memang menyumpah ranah. Boleh bagi tau aki tak jarak dari bumi ke bulan. Siriyes aq memang tak tau giler

Pastu soalan acah kbat. Mengapakah kerajaan berusaha membanteras kegiatan mencetak rompak? Cetak rompak pun aku tak berapa faham apa benda tu wei.

Pastu soalan math simple. Nasib baik simple. Soalan cam budak darjah 2. Tapi kene kira pakai otak la.
Then soalan teka teki . Contoh : bila diisi makin ringan : belon

Pastu ada bahagian yg kene hafal nombor dan tulis balik. Ni first2 aku okey. Bila sampai 7, 8, 9 nombor aq blank. Pastu ada gak yg kena hapal no and huruf. Lepas tu tulis balik dengan urutan menaik. Contoh. 4 F 6 A 3 : 3 4 6 A F
Lain2 aq malas nak cerita Hehehehehe. Cuma goodluck arh sape yg lepas

Isnin, 7 Ogos 2017

Aku Dan JDT fc

Sape orang j kt sini angkat tangan. Xde? Baguih.. boleh mengumpat. Sape kat sini x kenal kelab gergasi bola sepak Malaysia Johor Darul Takzim FC? And sape kat sini haters depa? Macam aku tak tau ramai haters JDT ... Sempena kemenangan JDT dalam Malaysia super League Sabtu lepas even kalah ngn Selangor aku nk crite kisah aq ngn JDT..

Well, sejujurnya aq pelik cam mana aq boleh suka tengok bola. Tapi liga M jelarh.. sebab aq x dapat tengok liga Europe. Tapi aku xkn lupa bila first time aq suka tengok bola....

Ingat lagi tak time JDT menang AFC tahun 2015? Tu lah tahun aq mula minat bola. First game yg aq tengok JDT vs south China. Time tu live Astro arena kol 1 pagi. Aq lupa knape tetiba aq bersangatan nk tengok. So, kol 1 pagi tu aq sanggup bangun nk tengok game tu. Yes, JDT menang 3-1 time tu.

Dan pada hari itu aku mula suke tengok bola ekpeceli Sel ngn JDT. X pernah aq miss game diorang. Semua player aq kenal. So, in other word, JDT lah penyebab aq minat ngn bola

But, semenjak kes Azrif nk pindah JDT.. *bukan nak.. memang pindah pun* aq benci giler ngn JDT.. tak silap aq bulan 6 tahun lepas. Siriyes time tu I Hate You JDT.. dan bermulalah hidup aq sebagai haters JDT.. lagi benci bile Nazmi Faiz ngn Hazwan Bakri pindah JDT. Aq rasa boleh tahan ramai gak player JDT asal Selangor. Aq hairan betul.. knape mesti selangor? Negeri lain xdak ka? Ke memang betul tekaan aku yang Selangor ni akademik bola sepak Johor? Pastu makin aq x suke bila melihat keegoan JDT.. acah kuat. Grrrrrr...

I think tu je lah kot aq nk confess.. fans J jngn kecam.. goodluck for Malaysia cup. Haha.. dengar Cite Johor nk kejar blik piala sampah tu.. betulkah?

Sabtu, 5 Ogos 2017

Cerita karut #2

Crite ni pun atas permintaan kawan aku si Ummul (bukan nama sebenar) gak. And aq pasti Shahmi (nama yang mak dia reka) pun berharap crite ni. Enjoy key!

**********
"Abang!" Aina berlari mencari Aizam.

Nak cari Aizam dekat rumah ni senang je. Ada empat tempat. Kalau tak bilik tidur, dapur, kalau tak dapur, gym, kalau tak gym, mini pejabat.

Dah jumpa! Dia tengah buat plank dalam gym.

Aina apa lagi. Terus duduk dengan selamba di atas belakang badan Aizam. "Alang-alang plank tu push up sekali"

Ketika dada Aizam hampir ke lantai, Aina berkata, "abang..."

Aizam turun lagi

"Aina..."

Turun lagi

"Mengandung!"

Terus melekat dada Aizam ke lantai. "Serius? Benda ni tak lawak tau nak buat prank ". Dengan Aina ni mana boleh percaya bulat-bulat.

"Buat apa nak buat prank dengan benda macam ni" Aina menunjukkan pregnancy test yang dibuat di klinik.

"Ya Allah.. Alhamdulillah.. bertambah lagilah bilangan ahli keluarga kita" ujar Aizam sebelum menghujani Aina dengan ciuman.

"Suka?" Tanya Aina dengan senyuman.

"Suka!" Jerit Azra dan Ayra yang entah datang dari mana. Berlari-lari si kembar yang berusia 5 tahun itu. Excited bukan main.

"Oohh.. anak-anak​ daddy curi-curi dengar ya"

Azra dan Ayra tersengih. Tapi, berita tadi lebih mencuri perhatian mereka. Aina dipeluk manja. "Mummy, betulkah kitaorang nak dapat adik baru?" Ayra mula bertanya. Terlompat riang mereka apabila Aina menganggukkan kepala menandakan betul.

Tersenyum Aizam dan Aina melihat gelagat anak-anak mereka itu.

-MALAS NAK SAMBUNG-

Jumaat, 4 Ogos 2017

Cerita karut #1

Hari ni nk wat crite arhh.. crite ni atas permintaan kawan aku Ummul(bukan nama sebenar). Ni sambungan cerita yang aku dah buat kat skolah. So, tak hairanlah korng yg first time bace akan rasa pelik ngn crite ni....

**********

Tokk! Tokk! Tokk!

Afiq dan Syafiq memandang satu sama lain. Siapa pula yang ketuk pintu tu. Syafiq menawar diri untuk membuka pintu. Pintu di buka dan..

"Abang Afiq, Abang ingat Ummul?"

Afiq tergamam. Ummul Alindalia. Mata aku tak menipu bukan? Tapi.. macam mana?

"Kenapa abang Afiq diam je ni" tanpa segan silu Ummul berjalan mendekati Afiq. Matanya yang cantik berwarna hijau memandang tepat anak mata Afiq.

"Errr.. aku rasa lebih baik aku keluar" ujar Syafiq sambil melangkah keluar dari bilik itu. Pintu ditutupnya. 'cantiknya gadis tu' gumamnya.

"Ma.. macam mana Ummul.." belum sempat Afiq menghabiskan ayatnya jari telunjuk Ummul melekat dibibirnya.

" Ummul rindu abang sangat-sangat. Jangan risau. Ummul dh beritahu ayahanda dan bonda tentang ni mereka benarkan Ummul jumpa abang. Abang cantik tak Ummul hari ni?" Tanya Ummul sambil memusingkan badannya.

Afiq terpaku. Dipandangnya Ummul dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Cantik! Gaun putih sepatah lutut sangat sesuai dengan Ummul. Rambutnya yang ikal dibiarkan lepas menambahkan seri tunangnya itu. "Ummul sentiasa cantik" pujinya ikhlas.

"Ummul tahu. Jom kita jalan-jalan"

*****

"Wahai cermin ajaib, siapakah orang tercantik sekali ?"

Cermin di hadapan ahli sihir Adilah bertukar warna kepada kuning. Setelah itu, terlihat gambar seorang gadis di cermin itu. "Puteri Ummul Alindalia lah orang tercantik di dunia ni" cermin itu bersuara.

"Ummul Alindalia? Siapakah gerangan gadis itu?"

"Dia puteri kerajaan Mcgarden. Suatu kerajaan yang berada di di alam yang lain namun masih boleh berhubung dengan alam ini" terang cermin itu

Ahli sihir Adilah mengetap bibirnya. What?! Ada lagi yang lebih cantik darinya. Ini tidak boleh jadi. "Di manakah aku boleh berjumpa dengan Ummul Alindalia itu? " Dia tekad. Ummul mesti dihapuskan. Dia akan jadi wanita paling cantik di seluruh alam ini.

"Cari sebuah jambatan kayu di dalam hutan berdekatan Kampung Lubuk Pusing. Jambatan itu adalah sempadan untuk ke kerajaan Mcgarden"

Ahli sihir Adilah tidak menunggu lama. Mentera di baca dan dia terus terbang ke Kampung Lubuk Pusing.

*****

"Ummul.."

"Ya" jawab Ummul tanpa memandang Afiq yang berada di belakangnya. Terlalu ralit bermain dengan ikan di anak Sungai Bernam agaknya.

"Perlukah kita meneruskan hubungan kita ni"

"Apa yang abang cakap ni" terus dia menghampiri lelaki yang dicintainya itu. Terkejut bukan kepalang. Apa maksud Abang Afiq??!

Afiq mengeluh perlahan. "Kita berdua bukan dari dunia yang sama Ummul. Abang manusia tapi Ummul bukan. Ummul bukan berasal dari dunia abang. Macam mana kita mahu bersama"

Ummul cuba menahan sebak. "Kenapa pula kita tak boleh bersama? Abang, kalau kita saling mencintai kita akan sentiasa cuba untuk bersama. Atau.. abang tak cintakan Ummul ke?", Ummul cuba mencari kekuatan untuk memandang anak mata Afiq. Dia inginkan Afiq. Dia cintakan Afiq!

"Bukan begitu. Abang sangat cintakan Ummul. Ummul cantik, baik tapi..."

"Tapi apa?" Bentak Ummul. Tiba-tiba hatinya rasa tak sedap hati. Dia tahu bala akan datang sebentar lagi. "Abang ikut Ummul" tangan Afiq ditarik.

Afiq yang tak bersedia hampir terjatuh. Nasib baik tak jatuh. Afiq hanya mengikut ke mana Ummul ingin membawanya. Sampai di sebuah pokok yang akarnya besar tangan Afiq dilepaskan. "Kenapa Ummul?" Tanyanya ingin tahu. Namun hanya isyarat senyap yang diberi Ummul.

Ahli sihir Adilah mendarat di dalam hutan bersebelahan anak Sungai Bernam. "Hurmm.. inilah hutan Kampung Lubuk Pusing. Sama seperti ketika aku tinggalkan dulu"

-BERSAMBUNG-