Sabtu, 5 Ogos 2017

Cerita karut #2

Crite ni pun atas permintaan kawan aku si Ummul (bukan nama sebenar) gak. And aq pasti Shahmi (nama yang mak dia reka) pun berharap crite ni. Enjoy key!

**********
"Abang!" Aina berlari mencari Aizam.

Nak cari Aizam dekat rumah ni senang je. Ada empat tempat. Kalau tak bilik tidur, dapur, kalau tak dapur, gym, kalau tak gym, mini pejabat.

Dah jumpa! Dia tengah buat plank dalam gym.

Aina apa lagi. Terus duduk dengan selamba di atas belakang badan Aizam. "Alang-alang plank tu push up sekali"

Ketika dada Aizam hampir ke lantai, Aina berkata, "abang..."

Aizam turun lagi

"Aina..."

Turun lagi

"Mengandung!"

Terus melekat dada Aizam ke lantai. "Serius? Benda ni tak lawak tau nak buat prank ". Dengan Aina ni mana boleh percaya bulat-bulat.

"Buat apa nak buat prank dengan benda macam ni" Aina menunjukkan pregnancy test yang dibuat di klinik.

"Ya Allah.. Alhamdulillah.. bertambah lagilah bilangan ahli keluarga kita" ujar Aizam sebelum menghujani Aina dengan ciuman.

"Suka?" Tanya Aina dengan senyuman.

"Suka!" Jerit Azra dan Ayra yang entah datang dari mana. Berlari-lari si kembar yang berusia 5 tahun itu. Excited bukan main.

"Oohh.. anak-anak​ daddy curi-curi dengar ya"

Azra dan Ayra tersengih. Tapi, berita tadi lebih mencuri perhatian mereka. Aina dipeluk manja. "Mummy, betulkah kitaorang nak dapat adik baru?" Ayra mula bertanya. Terlompat riang mereka apabila Aina menganggukkan kepala menandakan betul.

Tersenyum Aizam dan Aina melihat gelagat anak-anak mereka itu.

-MALAS NAK SAMBUNG-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas