Rabu, 30 Ogos 2017

Sukan Sea 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kontinjen Malaysia telah membuat kejutan pada sukan SEA tahun ini setelah meraih 145 pingat emas seterusnya menjadi juara keseluruhan sukan SEA 2017 meninggalkan Thailand yang hanya meraih 74 pingat emas sekaligus menjadi  naib juara keseluruhan. Hal ini menunjukkan bahawa..
*Buang skrip*

Agak baku bahasa yang aku gunakan bukan? X syok la menaip macam tu. Alright, aku cakap cam biasa je lah.

Tahniah kali empat ratus empat puluh empat to all atlet2 negara yang dapat pingat tak kesah lah emas ke Perak ke and also gangsa. Korang memang hero and heroin negara. Siriyes, aku agak tak percaya sebab pingat emas kita terlalu banyak lebih dari apa yg KJ harapkan. Apa-apapun congratulation korang!! Goodluck dua tahun lagi kat Filipina.

Oh yes, about final bola sepak u-22. Dah-dahlah salahkan goalkeeper. Bukan salah dia pun. Dah nak jadi. Hanya kerana satu kesalahan dia korang nk caci maki hamun dia. Tak cukup gf dia pon korang serang. Oohh.. time dia selamatkan gol Malaysia sepuluh kali tak nak pulak korang tengok korang pandang. Yang satu tu jugak lah korang pandang. Memang macam ni Ker Melayu??!!

Cukuplah tu. Kalau aku membebel habis satu entry aku karang. So, aq rasa lebih baik aku berhenti sekarang.

By the way, seriously tahniah pada yang dah menyumbang emas. Dahsyat giler!! KJ just target 111 pingat emas. Boleh pulak korang bantai sampai 145 pingat emas erkk. Bravo! Bravo! Nanti kat Philippines target 200 terus je lah.

Okay, see ya. Jumpa lagi dua tahun sukan SEA.

2 ulasan:

Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas