Jumaat, 4 Ogos 2017

Cerita karut #1

Hari ni nk wat crite arhh.. crite ni atas permintaan kawan aku Ummul(bukan nama sebenar). Ni sambungan cerita yang aku dah buat kat skolah. So, tak hairanlah korng yg first time bace akan rasa pelik ngn crite ni....

**********

Tokk! Tokk! Tokk!

Afiq dan Syafiq memandang satu sama lain. Siapa pula yang ketuk pintu tu. Syafiq menawar diri untuk membuka pintu. Pintu di buka dan..

"Abang Afiq, Abang ingat Ummul?"

Afiq tergamam. Ummul Alindalia. Mata aku tak menipu bukan? Tapi.. macam mana?

"Kenapa abang Afiq diam je ni" tanpa segan silu Ummul berjalan mendekati Afiq. Matanya yang cantik berwarna hijau memandang tepat anak mata Afiq.

"Errr.. aku rasa lebih baik aku keluar" ujar Syafiq sambil melangkah keluar dari bilik itu. Pintu ditutupnya. 'cantiknya gadis tu' gumamnya.

"Ma.. macam mana Ummul.." belum sempat Afiq menghabiskan ayatnya jari telunjuk Ummul melekat dibibirnya.

" Ummul rindu abang sangat-sangat. Jangan risau. Ummul dh beritahu ayahanda dan bonda tentang ni mereka benarkan Ummul jumpa abang. Abang cantik tak Ummul hari ni?" Tanya Ummul sambil memusingkan badannya.

Afiq terpaku. Dipandangnya Ummul dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Cantik! Gaun putih sepatah lutut sangat sesuai dengan Ummul. Rambutnya yang ikal dibiarkan lepas menambahkan seri tunangnya itu. "Ummul sentiasa cantik" pujinya ikhlas.

"Ummul tahu. Jom kita jalan-jalan"

*****

"Wahai cermin ajaib, siapakah orang tercantik sekali ?"

Cermin di hadapan ahli sihir Adilah bertukar warna kepada kuning. Setelah itu, terlihat gambar seorang gadis di cermin itu. "Puteri Ummul Alindalia lah orang tercantik di dunia ni" cermin itu bersuara.

"Ummul Alindalia? Siapakah gerangan gadis itu?"

"Dia puteri kerajaan Mcgarden. Suatu kerajaan yang berada di di alam yang lain namun masih boleh berhubung dengan alam ini" terang cermin itu

Ahli sihir Adilah mengetap bibirnya. What?! Ada lagi yang lebih cantik darinya. Ini tidak boleh jadi. "Di manakah aku boleh berjumpa dengan Ummul Alindalia itu? " Dia tekad. Ummul mesti dihapuskan. Dia akan jadi wanita paling cantik di seluruh alam ini.

"Cari sebuah jambatan kayu di dalam hutan berdekatan Kampung Lubuk Pusing. Jambatan itu adalah sempadan untuk ke kerajaan Mcgarden"

Ahli sihir Adilah tidak menunggu lama. Mentera di baca dan dia terus terbang ke Kampung Lubuk Pusing.

*****

"Ummul.."

"Ya" jawab Ummul tanpa memandang Afiq yang berada di belakangnya. Terlalu ralit bermain dengan ikan di anak Sungai Bernam agaknya.

"Perlukah kita meneruskan hubungan kita ni"

"Apa yang abang cakap ni" terus dia menghampiri lelaki yang dicintainya itu. Terkejut bukan kepalang. Apa maksud Abang Afiq??!

Afiq mengeluh perlahan. "Kita berdua bukan dari dunia yang sama Ummul. Abang manusia tapi Ummul bukan. Ummul bukan berasal dari dunia abang. Macam mana kita mahu bersama"

Ummul cuba menahan sebak. "Kenapa pula kita tak boleh bersama? Abang, kalau kita saling mencintai kita akan sentiasa cuba untuk bersama. Atau.. abang tak cintakan Ummul ke?", Ummul cuba mencari kekuatan untuk memandang anak mata Afiq. Dia inginkan Afiq. Dia cintakan Afiq!

"Bukan begitu. Abang sangat cintakan Ummul. Ummul cantik, baik tapi..."

"Tapi apa?" Bentak Ummul. Tiba-tiba hatinya rasa tak sedap hati. Dia tahu bala akan datang sebentar lagi. "Abang ikut Ummul" tangan Afiq ditarik.

Afiq yang tak bersedia hampir terjatuh. Nasib baik tak jatuh. Afiq hanya mengikut ke mana Ummul ingin membawanya. Sampai di sebuah pokok yang akarnya besar tangan Afiq dilepaskan. "Kenapa Ummul?" Tanyanya ingin tahu. Namun hanya isyarat senyap yang diberi Ummul.

Ahli sihir Adilah mendarat di dalam hutan bersebelahan anak Sungai Bernam. "Hurmm.. inilah hutan Kampung Lubuk Pusing. Sama seperti ketika aku tinggalkan dulu"

-BERSAMBUNG-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas