Khamis, 2 November 2017

Kenangan dulu-dulu

           


tadi dek terlalu bosan meniti liku-liku hidup aku bacalah blog realiti konspirasi . last update 2013. spoil mood aku doh! lepas dah kawin ni tak pepenah dia hapdet blog. But aku faham.. Skrng dah kerja plus ade dua orang anak mesti sebuk kan. Okey cukuplah cerita pasal zack zukhairy. Sekarang straight to the point.

Aq ade bace pasal kenangan budak-budak dulu tau.. terkenang memori zaman silam *sebelum masok skolah menengah. so, aq rse nk refresh balik arh bende-bende best dalam hidup aq yg bergelar kanak-kanak.


#1 Lawan pemadam

Imej yang berkaitan
tenkiu pemilik gambar

Dulu, ni lah antara game pling famous kat sekolah aku. main dia yang pernah aku tengok dua orang jer. mainnya cenggini kita kena gerakkan pemadam tu pakai satu jari. jari kau tu kau tekan hujung sisi pemadam nanti pemadan bergolek lah. cara nak menang pemadam kau mestilah menindih pemadam pihak lawan. ala.. macam yang dekat gambar tuh. selalunya kalau kita menang sebagai prize kita akan dapat pemadam orang yang kalah dengan kita tu. oleh hal yang demikian time tu kalau kau berniaga pemadam memang laku habis. aku pernah jual sekeping pemadam harga seringgit. untung beb! beli dua posen jual seringgit. lapan posen untung. lepas aku nak beli nasi ayam acik kantin yang giler sedap tuh!


#2 Daun terup

                                 Hasil carian imej untuk main tepuk terup

Game ni selalunya dimainkan budak lelaki. Aku tak tahulah harga untuk sekeping kad terup kecik tu sebab kalau aku nak aku akan ambik kat bilik guru. well, my parent are teacher. aku sekolah kat sekolah ayah aku. selalu bila sampai musim main bende alah tu akan ada cikgu yang merampas dan disimpan di bilik guru. so, aku sebagai anak salah seorang guru dengan selamba dan tanpa rasa bersalahnya merembat benda tuh. kikiki. game dia cenggini................. korang tanyalah orang lain. aku tak tahu nak terang macam mana


#3 Gasing

                Imej yang berkaitan


Huishh.. musim ni paling syok. masing-masing gasing mesti ada kat tangan. tapi game ni still kebiasaannya budak lelaki yang main. aku selalunya dapat gasing free sebab mak aku selalu bawa balik gasing hasil rampasan dekat sekolah dia. and bermulah pertandingan gasing antara sepupu sepapat dekat rumah aku or nenek aku. well, rumah aku ngan nenek aku dekat jer. and bermulalah mak aku mula membebel main kat tempat lain nanti lantai beranda calar...


#4 Lumba kereta kertas

                        Hasil carian imej untuk lawan lumba kereta kertas

Time ni percayalah koperasi sekolah akan untung lebih sebab penambahan bilangan buku yang dibeli oleh pelajar. Sebab apa? sebab nak koyak kertas kat buku tulis and buat bende alah macam kat gambar atas tuh. atas tu aku panggil and aku yakin korang pun panggil kereta bukan? time ni kerja diorang lumba kereta je kat atas meja. cara nak mainnya korang kena letak kereta tu kat garisan permulaan and tiup. siapa paling jauh dia menang. selalunya klau girls nak main jugak diorang akan suruh aku buat sebab aku je yang reti buat kereta tuh. sampai harini aku tak lupa cara nak lipat kertas untuk buat bende lah tuh.


Tu je lah dulu game kuno yg pernah famous kat skolah rendah aq dulu.. masuk skolah menengah ni serius hilang terus semua game tu.. rindu doh

3 ulasan:

  1. rindu semua kenangan sekolah rendah ni! TT.TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan. Betul-betul aku masuk skolah menengah terus hilang benda ni. Aku tak rasa bebudak sekolah rendah still main bende ni semua.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas