Sabtu, 24 Mac 2018

Hobi Aku Menulis

Bagi aku definisi hobi itu adalah sesuatu yang korang buat dan akan buat bila masa korang ada waktu lapang. Hobi boleh berubah. Ikut pada apa yang korang suka waktu tu. Macam kawan aku bila dia tak tahu nak buat apa dia akan melukis. Maksudnya hobi dia melukis. And seriously lukisan dia cantik gilooo. Kawan aku yang sorang ni pulak hobi dia membaca. Expecially novel lah. Jarang kau tengok dalam masa sehari tu dia tak baca novel. hurmmm... semua orang mesti ada hobi dia. so, apa hobi korang? meh la share

okay, berbalik pada topik asal. Macam yang korang tak tahu, aku baru pindah ke sekolah baru sebulan yang lalu. Sekolah apa pandai-pandai lah korang siasat. And aku dikehendaki memperkenalkan diri dan ini termasuklah bagitahu apa hobi aku. So, aku jawablah hobi aku menulis. Memang pun. aku sekarang kan suka tulis cerita. tapi makin lama nafsu menulis aku tu pun dah nak hilang ditelan masa lalu. hurmmm..
  
                               Imej yang berkaitan


However, memang aku sedar yang aku sangatlah pantang nampak buku tulis or kertas since kecik. Rasa nak beli je tapi tula kertas berlambak je kat rumah. pastu kalau aku ada buku conteng trust me in a week gerenti habis buku tu dengan lukisan plus cerita-cerita yang aku karang plus luahan hati aku.

Ya, ini yang aku nak cerita sebenarnya. pasal luahan hati aku.

Kau tahu. aku tak macam korang. Jujur, aku cemburu dengan kawan-kawan aku. Diorang boleh luahkan perasaan diorang, luahkan masalah diorang dekat manusia lain expecially dekat parents diorang. alangkah indahnya kalau aku pun macam diorang. Sebab apa? sebab aku tak tahu tak reti tak boleh dan segala taklah nak luahkan apa yang ada dalam hati aku kat orang lain. Serius, aku tak tahu kenapa. setiap kali aku nak luah mesti akan ada halangan. mesti akan ada something yang jadi penghadang untuk aku tak luahkan segala benda include masalah aku kat manusia. benda ni since aku kecik. since aku sekolah rendah

so, apa yang aku buat aku pendam.. pendam-pendam sampai aku sakit. dulu, aku jarang menangis. maybe tak pernah langsung kot. bak kata mak aku hati keras like batu. maybe sebab dulu masalah yang aku pendam tak banyak sangat. sampailah aku darjah enam. Masa tu dah nak UPSR. aku stress sebenarnya tapi takde seorang pun yang tahu sebab yelah. aku kan tak pernah nak luah. bukan sebab exam tapi sebab benda lain yang aku tak ingat apa. yang pasti time tu aku memang tak mampu nak tampung lagi segala benda yang aku pendam. memang masa tu otak aku dah serabut and aku nak lepaskan segala-galanya. tapi tulah aku tak tahu macam mana. so, for the first time aku menangis gila sakan. kat dalam bilik  la. aku tak suka orang nampak aku menangis sebab orang kenal sebagai seorang yang kuat. apapun serius duh aku memang nangis sakan lah sebab memnag aku dah tak kuat nak simpan benda tu.

Since that, aku mudah betul nangis bila ada masalah yang try nak bunuh aku. haha ayat.. at least aku rasa tenang sikit lepas nangis. dan dari tu aku belajar luahkan segala kata hati aku kat atas kertas. yeah, since that hobi aku adalah menulis. bila aku rasa ada something yang try buat aku stress aku luahkan kat atas kertas. lepastu buang ke dalam parit dengan harapan masalah aku tu pun turut terbuang. lol! 

kesian kau kertas. terpaksa hadap diri aku yang penuh dengan aura negatif ni. nak buatmacam mana. aku bukannya seorang yang reti luah kata hati aku kat manusia. tapi sekurang-kurangnya adalah juga medium aku nak luah something. aku tak nak jadi macam tahun lepas. masa aku form 3. masa tu tengah nak settle PT3 sejarah. entah macam mana aku boleh kena anxiety. pergghhh!! memang giler time tu. aku nak bagi tahu parents aku pasal aku yang dah jadi gila dengan anxiety ni tapi hurmm.. tak langsung terluah. last-last aku pendam je sensorang sampai aku okey balik. Nasib kena dua minggu je. Tapi rasa macam dua bulan. time tu memang dah takde benda lain dalam otak aku selain cakap yang aku dah gila. aku pun ada niat nak bunuh dii masatu tapi mujur aku ada fobia dengan mati memang tak lah aku bunuh diri. time tu hanya kertas jelah tempat aku meluahkan segala-galanya. memang badan aku penuh dengan aura negatif je.

so, kesimpuannya.. hobi aku tu iaitu menulis datangnya daripada sifat aku yang tak reti nak luah dekat manusia. aku luah kat kertas dan akhirnya benda tu jadi hobi pulak

4 ulasan:

  1. Wahh..samalah hobi kita..but I also will learn playing violin and make it as hobi jugak!! ( ̄▽ ̄)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uuuuhhh pandai main violin. Teringin nk belajar tapi hukhuk bagaimanakah?

      Padam
  2. Bagus tu..luahkan dikertas juga salah satu cara yang bagus.Jangan selalu bersendrian,isi masa lapang dengan perkara manfaat barulah tak fkir sgt dgn masalah..

    saya dah follow back ya :)

    BalasPadam
  3. huhu.. thanks awak. sorry lambat reply. saya dah tak bukak blog ni gara-gara lupa password. huhuhu -Ryn

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas