dah dah. nampak tak aku dah lari tajuk ni. korang tahu kan semalam UPSR keluar. and khamis minggu lepas PSRA keluar. So, aku tetiba rasa nak cerita pulak penglaman UPSR and PSRA aku.
UPSR
benda ni aku tak boleh nak lupa wei. budak batch02 gerenti ingat benda ni. For the first time in forever UPSR kena repeat and For the first time in forever 6 paper pun periksa sebulan. entah papentah. UPSR pon nak dibocorkan. kau ingat best? ingat kan seminggu je periksa. rupa-rupanya sebulan. aku ingat tarikhnya. 9Sep sampai 9Okt.
firts paper yg diumumkan bocor paper Sains. sehari sebelum paper sains tu aku dapat soalan sains. giler senang. aku dah sedia nak hafal sepanjang malam ni. last2 malam tu keluar kat berita solan sains diisytiharkan bocor dan kena repeat. Cinabeng! dahlah soalan yg sains yg repeat tu susah giler namateiy. grrrr...
kertas last yg bocor dan kena repeat is math paper 1. ni aku bersyukur giler bocor. kertas asal dia susah giler doh. 5 soalan last, straight soalan purata. soalan yg kena repeat tu senang. Alhamdulillah....
kesimpulannya yang tak bocor dan tak kena repeat BM jer.. fuh.. result aku? nak nangis weyh!!! aku dapat 4A 1B. B tu Sains. teacher aku kecewa. sampai sanggup bayar untuk cek balik paper sains aku. aku dulu murid harapan sains. memang teacher harap giler sains aku A. sekali keluar. grrr.. boleh plak english aku A erk?
PSRA
uishh.. PSRA huh? malaslah nak crite takut riak. hahaha
takdelah. actually batch aku ni boleh dikatakan batch yang agak bengap. kenapa aku cakap bengap? percayalah. dari aku darjah lima payah giler kitorang nak dapat mumtaz walaupun seorang. perghh.. time ustazah marah kat kitorang sebab tak dapat mumtaz. maklumlah tahun lepas sekolah aku tu dapat 100% lulus and tempat kedua kat daerah. 5 orang tak silap aku yang mumtaz. tu yang ustazah strunggle sebab takut batch aku tuh merundum. bila keluar result trial memang ustazah dah ngamuk habis sebab takde sapa mumtaz.
chill ustazah. kitorang memang lambat panas. hew hew. percaya atau tak PSRA batch aku 7 orang mumtaz and 100% lulus. tak cukup lagi? sekolah kitorang time tu tempat pertama daerah and kedua negeri Selangor. Kan dah cakap kitorang lambat panas. aku? ofkoslah mumtaz..
and actually masuk tahun ni dah 5 tahun kitorang gondol tempat pertama daerah. power tak power. paling ramai budak mumtaz time 2016. 17 orang mumtaz. batch adik aku tuh. and ciss time tu adik aku jadi tokoh pelajar. mesti korang fikir 17 orang jer. well, sekolah aku tu muridnya sikit. tapi alhamdulillah tiap tahun makin bertambah pelajar. kalau dulu kami terpaksa menumpang sekolah lain untuk periksa sebab pelajar sikit sangat tapi sekarang kami periksa di sekolah kami sendiri peach!
Tahniah Tahniah!!! untuk siapa? untuk sesiapa jelah. lel. tahun ni tahun kedua UPSR diubah cara soalannya. mak aku penanda kertas sains so aku boleh tahu la soalan sains UPSR. nak tahu apa reaction aku. Ni soalan UPSR ke PT3?! lantak kaurang lah. sib baik aku lahir 2002.