bebawang merah
oleh : TunTeja
Bebawang merah ramah menyalam bulan mata
Ku kupas dan leps kulitnya satu persatu. Dan setiap hirisnya
terperi degup dadamu;
yang semalam menolak kucupku
Kekasih rendaman halwaku, senyum mata dan kerlip
bibir segarmu indah. Sungguh tak bisa aku tipu dengan lagu
Tapi sayang, kau maha biru.
dingin Malibu saat kau ku sentuh dan cumbu
dan langit, lontarkan suaraku pada tuan!
terangkan matanya dengan kasih dan buntangkan
suaranya dengan balada bidadari syurga
Lalu biar aku sedikit-sedikit mati digigit bebawang merah
yang lapar air mata layar
sila komen klau ade yg tak syok dngn puisi tu.. penulis sentiasa terbuka dngn sebarang komen anda semua (cakap macam ade yg nk bace jer kn) aq terime.. hukhuk
kalau nk berkenalan dngn kawan aku ni boleh klik sini
sayonara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas