Jumaat, 9 Jun 2017

Puisi Chahaya

Yo wacap2
Harini aq nk crite pasal kawan aq ni yg kira rapatlah dngn aq. Nama dia Chahaya. Unik tak nama dia? Aku tanya dia awat mak hang dok bgi nama lagu tu? Dia senyap pulak. Tpi kawan aq kata( dia cakap mak chahaya cakap kt dia) Nama Chahaya diberi sebab chahaya ni lahir time deepavali.. Aq x tau la tu fakta atau tak. Aq anggukkan jer..
Si Chahaya ni actually budak pling pndai form 3. Aq pulk no 2 haha (fakta erk). And lgi satu dia ni suka tulis and baca puisi. Bila puisi dia dh siap dia tunjuk kt aq. Slalu aq lah orng first yg dia tunjuk. Hoho. Buku favourite dia pon puisi..
Meh aq share sikit satu puisi yg dia buat.. Ni puisi first yg ditunjukkan kt aq.

Tiada tajuk
Oleh : noor Chahaya

Musim ini
Cinta datang mengunjung lagi
Menerjah keras hati ini

Ketika ini
Bayu lembut menari lagi
Membantai lembut pepohon rimbun
Yang telah lama mati
Tertimbus duri

Aku terjebak
Membelai sayu indah malam
Terjerat antara kasih dan benci
Antara sayang dan kasihan

Kali ini
Antara sahabat dan cinta
Hujan rintik meluruh lagi
Melurut sepi dalam dilemma

Aku terlemas
Menikam bumi tanpa ehsan
Gemas terluhur hati ini
Tak terdaya mahu disirna hati ini
Serasa mati hari ini

Aku tertoleh
Kelam dalam tangisan syahdu
Merenung wajah lesu hiba
Tanpa nada

Aku terpedaya
Lalu ku papah sanubarinya
Tertipu dengan lembut lidahmu
Lantas kucampakkan jauh-jauh
Biar hancur hangus terbakar

Kau kata
Dalam api cinta membara ini
Kau kan datang padaku nanti

Bila?
Namun sesal

Kau kata
Kasih suci ini kau nodai
Kita kan bersama lalui
Dengan nistanya dusta

Ombak badai ini
Seribu kali cinta ini ku hulur
Seribu kali itu kau patah-patahkan hati ini
Bagaimana?

Ah sudah!
Kau biarkan aku pilu.. Sendiri

Aku rimas
Katup bibir kau tu
Keluar dari penjara hati ini
Bawa pergi nahu rindu ini jauh-jauh

Aku sesal!
Sesal kerana separuh mati
Ku kejar hati kau
Hati yang sedikitpun kau
Tak pernah buka untuk aku

Aku bodoh!
Mencarj jarum dalam gelap
Perih hidup ini
Hati ini jangan mudah kaj beri lagi
Selamat Tinggal Kekasih

Ha!! Ok tak puisi dia. Puisi budak berusia 15 tahun. Aq lupa macam mana dia tetibe nk tulis puisi ni. Yg pasti mesti kitorng ade bukak crite pasal kisah cinta dia yg ditolak. Haha. Sorry la chahaya. Semenjak menulis puisi diatas, dia mula hari-hari menulis puisi kt dalam kelas. Pas dh siap tunjuk kt aku. Hoho.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen
Lagi panjang lagi bagus
in sha Allah aku balas